AGENDA

Aliran trafik lebuh raya utama lancar takat 11 pagi

7 Apr 2024, 4:41 AM
Aliran trafik lebuh raya utama lancar takat 11 pagi
Aliran trafik lebuh raya utama lancar takat 11 pagi

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat 11 pagi tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas lancar dan terkawal selepas berlaku kesesakan sehingga 10 pagi tadi.

“Di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) trafik sesak walaupun kenderaan lebih kurang sama seperti semalam iaitu 178,977 kenderaan,” katanya di sini hari ini.

[caption id="attachment_636860" align="aligncenter" width="770"] Beberapa laluan Smart Lane diaktifkan bagi memastikan aliran trafik lancar. Foto X @plustrafik[/caption]

Namun beliau berkata aliran trafik hampir kesemua lebuh raya utama di negara ini bergerak lancar.

Dalam pada itu akaun rasmi X Plus Trafik memaklumkan beberapa laluan Smart Lane sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik lancar bagi perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Antaranya laluan Smart Lane di KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara dari Tapah ke Gopeng, KM194.5 hingga KM184.0 arah Selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan KM8.1 hingga KM6.1 arah Utara dari USJ ke Seafield.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619