AGENDA

Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan

7 Jun 2025, 10:21 AM
Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan

KUANTAN, 7 JUN: Lima sekeluarga warga tempatan maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Jerantut Feri, Jerantut, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim berkata kejadian kira-kira 12 tengah malam itu melibatkan Perodua Bezza dan Toyota Alphard.

Beliau berkata tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun yang berada di dalam Perodua Bezza meninggal dunia di lokasi kejadian, dengan dua mangsa tersepit dan tiga lagi tercampak keluar.

“Mangsa yang menaiki Toyota Alphard terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Toyota Alphard dalam perjalanan dari Pulau Tawar menuju ke Jerantut, manakala Perodua Bezza dalam perjalanan dari Bota, Perak, menghala ke Jerantut.

Mohd Razam berkata tiga mangsa yang cedera di hantar ke hospital berhampiran dengan bantuan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619