ad
AGENDA

Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

7 Jun 2025, 9:00 AM
Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir
Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi satu-satunya beregu lelaki negara yang masih bertahan dalam Terbuka Indonesia apabila mara ke separuh akhir kejohanan itu.

Dalam aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta semalam, Juara Malaysia Masters 2025 itu menundukkan wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 21-16.

Menurut Wei Chong kunci kemenangan mereka adalah memberikan tumpuan penuh kepada cara permainan dan strategi yang diterapkan jurulatih.

“Kami tidak fikir tentang menang atau kalah, kami hanya lakukan apa yang perlu dilakukan. Kami hanya fokus pada pelan permainan dan strategi,” katanya dalam audio yang dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media.

Menanti Wei Chong-Kai Wun hari ini adalah gandingan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang mencipta kejutan menewaskan beregu nombor satu dunia dari Malaysia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.

Bagaimanapun Sze Fei-Nur Izzuddin tidak memberikan laluan mudah kepada beregu Indonesia itu apabila mengheret perlawanan hingga ke set penentuan sebelum tumpas 21-19, 9-21, 21-19.

Sementara itu, dalam saingan beregu wanita, pasangan negara Pearly Tan-M Thinaah turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun, 21-6, 21-18.

Pasangan nombor empat dunia itu dijadualkan bertemu pilihan kelima dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min bagi merebut tiket ke pentas final.

- BERNAMA

[caption id="attachment_701553" align="aligncenter" width="1194"] Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah ketika aksi separuh akhir Terbuka Thailand pada 17 Mei 2025. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.