BERITA UTAMA

Pekerja asing: MBDK tidak teragak-agak tamatkan kontrak penyewa

6 Jun 2025, 8:00 AM
Pekerja asing: MBDK tidak teragak-agak tamatkan kontrak penyewa

KLANG, 6 JUN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) tidak akan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana penyewa yang ingkar larangan menggaji pekerja asing sebagai pembantu di semua gerai dan kios bawah pentadbirannya.

Ditemui pada program mini konvensyen Sungai Klang 2025 semalam, Datuk Bandar Dato’ Abd Hamid Hussain berkata tindakan itu termasuk menamatkan kontrak penyewa.

Justeru, MBDK akan membuat pemantauan bagi memastikan lebih 800 gerai miliknya tidak dijaga atau dikendalikan warga asing.

“Penguatkuasaan ini hanya untuk gerai milik atau diluluskan MBDK sahaja. Tujuan kita untuk bantu mereka yang memulakan perniagaan dengan modal kecil.

“Jadi kita kenakan sewa rendah. Andai mereka perlu pekerja, mereka kena beroperasi di premis kedai atau restoran lebih besar. Sebab itu kita kuat kuasakan larangan guna pekerja asing untuk membantu warga tempatan,” katanya.

Bermula 1 Jun, pihak berkuasa tempatan berkenaan menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing sebagai pembantu di semua gerai dan kios kawasan pentadbirannya.

Penetapan itu juga dibuat bagi memperkemas sistem pendaftaran pekerja di gerai dan penyewa diingatkan untuk mematuhi peraturan baharu tersebut.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619