AGENDA

Ahli Parlimen Sungai Buloh sumbang kerusi roda, santuni barisan hadapan

31 Mei 2025, 6:14 PM
Ahli Parlimen Sungai Buloh sumbang kerusi roda, santuni barisan hadapan

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pelbagai bentuk bantuan telah digerakkan melalui pelan tindakan dan pendekatan menyeluruh bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan penduduk di Parlimen Sungai Buloh.

Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan berkata antara yang dilaksanakan adalah program bakul makanan asas, khidmat kesihatan percuma, baik pulih rumah, bantuan bencana, sokongan kepada rumah ibadat dan inisiatif pendidikan.

“Tugas seorang wakil rakyat bukan sekadar di Dewan Rakyat tetapi berada di tengah-tengah masyarakat, mendengar denyut nadi mereka dan bertindak secara langsung. Inilah tanggungjawab yang saya pikul di Sungai Buloh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Hospital UiTM Sungai Buloh menerusi kerjasama antara Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

Sumbangan berkenaan disalurkan di bawah inisiatif “Ikhlas Sungai Buloh” yang dilaksanakan dengan sokongan serta kerjasama melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SKM.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata program CSR seperti itu perlu diteruskan bagi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Ia bukan sahaja meringankan beban pesakit, malah menjadi simbol solidariti kita terhadap usaha murni barisan hadapan,” katanya.

Pada majlis itu, Ramanan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada petugas barisan hadapan perubatan sebagai tanda penghargaan serta sokongan moral kepada mereka.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619