AGENDA

MB buka puasa bersama 500 petugas barisan hadapan kesihatan

9 Apr 2023, 1:02 PM
MB buka puasa bersama 500 petugas barisan hadapan kesihatan
MB buka puasa bersama 500 petugas barisan hadapan kesihatan
MB buka puasa bersama 500 petugas barisan hadapan kesihatan

KAJANG, 9 APRIL: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama 500 petugas barisan hadapan kesihatan menerusi program iftar perdana di Hospital Serdang di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba kira-kira jam 6.30 petang diiringi EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud dan EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah dan Pengarah Kesihatan Negeri Dato' Dr Sha’ari Ngadiman.

Amirudin dalam ucapannya berkata, penganjuran majlis berbuka puasa pada tahun ini diadakan secara berasingan dengan penjawat awam lain sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

[caption id="attachment_576116" align="aligncenter" width="590"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan Jururawat yang hadir turut bersama Pengarah Kesihatan Negeri Dato' Dr Sha’ari Ngadiman (kiri) pada Program Iftar Perdana YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Petugas Baris Hadapan Kesihatan di Hospital Serdang, Kajang pada 9 April 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

“Kita anjurkan majlis secara berasingan tidak seperti tahun sebelum ini bersama pasukan keselamatan, guru dan petugas kesihatan.

“Ini kerana kita mahu lihat sekiranya ada benda kritikal dan wajar dibina pada masa depan selain mendapatkan maklum balas. Kita mahu wujudkan kesimbangan supaya dapat perkukuh dan beri tumpuan pada pusat kesihatan,” katanya.

Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak turut menunaikan solat maghrib secara berjemaah bersama petugas barisan hadapan kesihatan.

[caption id="attachment_576118" align="aligncenter" width="583"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama Pengarah Kesihatan Negeri Dato' Dr Sha’ari Ngadiman (kiri) bersua foto bersama petugas kesihatan yang hadir pada Program Iftar Perdana YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Petugas Baris Hadapan Kesihatan di Hospital Serdang, Kajang pada 9 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619