PBT

Peniaga keliru syarat pasang iklan, MPAJ diminta teliti ketetapan

31 Mei 2025, 12:55 PM
Peniaga keliru syarat pasang iklan, MPAJ diminta teliti ketetapan

AMPANG, 31 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta meneliti semula penguatkuasaan dan syarat pemasangan iklan di premis perniagaan.

Ahli dewan negeri Teratai berkata ia berikutan kekeliruan syarat pemasangan iklan termasuk di dalam premis bagi mengelakkan mereka dikenakan kompaun sehingga RM1,000.

“Baru-baru ini kami dapat aduan dari peniaga. Ramai terima notis kompaun kerana mereka tidak ikut spesifikasi iklan MPAJ, sama ada di dalam atau luar premis. Kompaun juga diberikan tanpa notis.

“Kalau ikutkan buku (polisi), memang semua iklan perlu mendapat lesen namun kami minta MPAJ untuk membuat pindaan supaya memudahkan peniaga faham dan seterusnya mengikut ketetapan.

“Dalam masa sama, kita minta MPAJ untuk mengeluarkan notis awal kepada peniaga boleh uruskan permit,” kata Yew Jia Haur kepada Media Selangor.

Terdahulu beliau menyerahkan 200 kuih tradisi Cina, kuih Chang kepada Yayasan Sunbeams Home dekat sini sempena Festival Dragon Boat.

Jelas Jia Haur, sumbangan berkenaan memasuki tahun keempat sejak 2022 sebagai inisiatif menggembirakan hampir 100 anak-anak yatim piatu di situ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619