AGENSI

Pekawanis anjur kursus motivasi, tingkat keyakinan ibu tunggal teruskan kehidupan

30 Mei 2025, 9:42 PM
Pekawanis anjur kursus motivasi, tingkat keyakinan ibu tunggal teruskan kehidupan
Pekawanis anjur kursus motivasi, tingkat keyakinan ibu tunggal teruskan kehidupan

SHAH ALAM, 30 MEI: Seramai 300 ibu tunggal menyertai kursus motivasi anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) sempena sambutan Hari Ibu peringkat negeri esok.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata kursus motivasi itu bertujuan memberi sokongan kepada golongan terbabit dalam meneruskan kehidupan.

“Sebelum ini kita beri anugerah tokoh ibu tetapi pada tahun ini julung kali kita bawa ibu tunggal berusia 40 tahun dan kurang berkemampuan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikuti kursus motivasi.

“Inisiatif ini diambil berikutan kadar perceraian di Selangor tinggi selain Pekawanis mengambil berat nasib ibu tunggal yang perlu menyara anak seorang diri. Ini sekali gus membantu mereka yakin untuk meneruskan kehidupan,” katanya hari ini.

[caption id="attachment_643449" align="alignleft" width="500"] Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad berucap pada majlis sambutan hari ibu Pekawanis peringkat Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 18 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program 5 Nilai Kebersamaan bersama Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) di Rumah Puteri Arafiah di sini.

Dalam pada itu, Masdiana memaklumkan Pekawanis juga meneruskan beberapa program kemasyarakatan termasuk sumbangan sempena perayaaan dan ziarah kasih.

“Contohnya, untuk perayaan Aidilfitri baru-baru ini kita peruntuk RM160,000 bantuan kepada ibu tunggal selain mengedar bubur lambuk kepada golongan memerlukan.

“Pada masa sama, kita bakal santuni 460 pesakit di setiap DUN menerusi program ziarah kasih yang dijadual bermula Jun nanti,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619