AGENDA

Lelaki cuba ragut rantai wanita ditahan, seorang lagi suspek dikesan

29 Mei 2025, 9:01 AM
Lelaki cuba ragut rantai wanita ditahan, seorang lagi suspek dikesan

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Seorang lelaki ditahan selepas cuba meragut rantai leher seorang wanita di Jalan Mexwell, Rawang dekat sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata dalam kejadian 5.25 petang itu, suspek bersama seorang lagi rakan yang masih bebas meragut mangsa berusia 45 tahun yang sedang memasuki kenderaannya selepas membeli barang.

"Suspek bertindak merentap rantai emas mangsa sebelum cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan suami wanita itu dengan bantuan orang awam.

"Rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki motosikal dan akibat kejadian berkenaan mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan lutut," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Noor Ariffin suspek yang berusia 31 tahun kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa rompakan.

Katanya usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan dan sesipa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pengawai penyiasat Insp Muhammad Hakimir Razally di talian 011-33352585 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-61262222.

Terdahulu, tular video kejadian itu berdurasi 18 saat yang memaparkan suami mangsa bertindak pantas menangkap suspek yang meragut rantai isterinya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619