ad
BERITA UTAMA

Lebih 4,000 peluang kerja di karnival kerjaya Petaling esok

23 Mei 2025, 1:00 PM
Lebih 4,000 peluang kerja di karnival kerjaya Petaling esok
Lebih 4,000 peluang kerja di karnival kerjaya Petaling esok
Lebih 4,000 peluang kerja di karnival kerjaya Petaling esok

SHAH ALAM, 23 MEI: Sebanyak 4,260 jawatan kosong merentasi pelbagai sektor ditawar menerusi Karnival Jelajah Jobcare Selangor peringkat daerah Petaling, esok.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata sebanyak 4,178 peluang pekerjaan disediakan untuk berkhidmat di Selangor manakala 82 lagi di negeri lain.

“Sebanyak 29 majikan akan mengambil bahagian dalam program ini, menawarkan lebih 4,178 peluang pekerjaan di Selangor, dengan penawaran gaji melebihi RM2,000 sebulan,” katanya pada Rabu.

Antara lima majikan yang menawarkan gaji lumayan ialah Parkson Corporation Sdn Bhd, Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd, Longi Malaysia Sdn Bhd, Infinity Logistics and Transport Sdn Bhd, dan Carsome Sdn Bhd.

[caption id="attachment_658247" align="alignnone" width="922"] Orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Jobcare Selangor 2024 untuk mencari peluang pekerjaan di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Papparaidu berkata program Karnival Jelajah Jobcare Selangor turut membuka peluang pekerjaan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

Antara majikan mengambil pekerja OKU ialah KyoChon Sdn Bhd (OKU pembelajaran), 99 Speedmart Sdn Bhd (OKU bisu, pendengaran, pembelajaran) dan Nando’s Malaysia (OKU pendengaran, pertuturan dan pembelajaran).

Karnival diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya dan pencari kerja boleh mendaftar melalui pautan https://bit.ly/jobcarepetaling atau imbas kod QR pada poster.

Selepas ini, Jelajah Jobcare Selangor akan diteruskan di tujuh lagi daerah iaitu Kuala Langat (21 Jun – Dewan Sri Jugra), Hulu Selangor (5 Julai – Dewan Merdeka KKB), dan Hulu Langat (19 Julai – Dewan Perbandaran MPAJ).

Program diteruskan di Klang (27 September – Dewan Hamzah), Kuala Selangor (9 Ogos – Dewan MPKS Puncak Alam), Sabak Bernam (11 Oktober – Dewan Tun Razak), dan daerah terakhir Sepang (15 November – Dewan Komuniti BBST).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.