AGENSI

Program Tuisyen Rakyat Selangor mulai Jun, manfaat 160,000 pelajar

21 Mei 2025, 3:30 AM
Program Tuisyen Rakyat Selangor mulai Jun, manfaat 160,000 pelajar
Program Tuisyen Rakyat Selangor mulai Jun, manfaat 160,000 pelajar

SHAH ALAM, 21 MEI: Seramai 160,000 pelajar disasar menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2025 secara percuma bermula bulan depan.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata PTRS 2025 memfokuskan pelajar tingkatan empat dan lima khususnya prestasi pelajaran sederhana atau lemah selain kelas pemulihan di sekolah rendah melibatkan peruntukan RM11 juta.

Jelas Ahmad Azri Zainal Nor, modul PTRS 2025 dijadual diagihkan minggu depan kepada kira-kira 932 sekolah seluruh Selangor sebelum majlis pelancarannya bulan depan.

“Kita jangkakan keseluruhan pelajar kira-kira 160,000, termasuk pelajar tingkatan empat dan lima. Program ini juga akan memanfaatkan kelas pemulihan di sekolah rendah yang terlibat program didik kasih.

“Semua ini akan menerima modul mata pelajaran minggu depan dan untuk kelas fizikal PTRS, kita jangka anggaran kira-kira 10,000 pelajar tingkatan lima terlibat,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_702128" align="aligncenter" width="698"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bersama pelajar menunjukkan aplikasi ePTRS ketika majlis perasmian Hari Terbuka MADANI Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana bertema Pendidikan MADANI Melahirkan Generasi Karamah Insaniah di Plaza Shah Alam pada 21 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 24 April, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata PTRS dikenal pasti antara penyumbang utama peningkatan bilangan pelajar di Selangor yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

PTRS bagi pelajar tingkatan empat dan lima adalah bantuan kelas tambahan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan. Program tersebut menyasarkan pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang prestasi pelajaran sederhana atau lemah.

PTRS peringkat sekolah rendah memfokuskan murid kelas pemulihan untuk menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Pada 13 Ogos tahun lalu, Kerajaan Negeri turut melancarkan aplikasi e-PTRS yang menyasarkan 200,000 pelajar mendapat manfaat teknologi baharu itu. Pengenalan aplikasi pembelajaran berkenaan antara penambahbaikan PTRS yang wujud sejak 2008.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM10 juta bagi melaksanakan PTRS melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima manakala RM1 juta untuk program intervensi literasi dan numerasi di sekolah rendah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619