BERITA UTAMA

EXCO: Situasi Covid-19 di Selangor terkawal, kes turun ketara

18 Mei 2025, 10:00 AM
EXCO: Situasi Covid-19 di Selangor terkawal, kes turun ketara
EXCO: Situasi Covid-19 di Selangor terkawal, kes turun ketara

SHAH ALAM, 18 MEI: Situasi jangkitan Covid-19 di Selangor kekal terkawal dengan penurunan ketara berbanding tahun lalu, kata EXCO Kesihatan.

Jamaliah Jamaluddin berkata sehingga Minggu Epidemiologi ke-19 jumlah kumulatif adalah 3,807 kes, berbanding 14,542 bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Malah, katanya, trend mingguan juga menunjukkan penurunan berterusan sejak Minggu Epidemiologi ke-12 hingga ke-19, yang mana kes mingguan kekal bawah 100.

“Ini sekali gus membuktikan usaha berterusan Kerajaan Selangor bersama Jabatan Kesihatan Negeri serta kerjasama rakyat dalam mematuhi langkah-langkah pencegahan masih berkesan, meski beberapa negara jiran sedang merekodkan lonjakan semula kes Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_558752" align="alignnone" width="934"] Sebahagian penumpang dilihat memakai pakaian perlindungan lengkap (PPE) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan pengesanan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron pada 3 Disember 2021. Foto BERNAMA[/caption]

Walaupun keadaan terkawal, Jamaliah menasihatkan orang ramai untuk terus berwaspada dan mengutamakan langkah-langkah pencegahan, khususnya golongan berisiko tinggi.

Menurutnya, orang awam digalakkan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala dan Kerajaan Negeri akan terus memantau situasi dari masa ke semasa.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa negara jiran seperti Thailand dan Singapura merekodkan peningkatan jangkitan kes Covid-19 sekali gus menimbulkan kembali kembimbangan dalam komuniti.

Di Singapura, Kementerian Kesihatan republik itu melaporkan peningkatan ketara kes dengan lebih 25,900 jangkitan direkodkan dalam tempoh 5 hingga 11 Mei 2025.

Sementara itu, di Thailand, Jabatan Kawalan Penyakit negara itu melaporkan lebih 1,700 kes baharu dalam minggu terakhir April 2025, meningkat lebih 150 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619