AGENDA

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka Thailand

16 Mei 2025, 9:35 AM
Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka Thailand

BANGKOK, 16 MEI: Hanya 34 minit diperlukan gandingan Pearly Tan-M Thinaah sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir, selepas mengetepikan wakil China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge pada Terbuka Thailand hari ini.

Pada aksi suku akhir di Stadium Nimibutr di sini, pasangan di ranking keempat dunia itu menewaskan Chen-Wang 21-14, 21-11 untuk menempah pertemuan dengan Rui Hirokami-Sayaka Hobara dari Jepun di separuh akhir, esok.

Terdahulu, pasangan Jepun itu menewaskan Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose dari Indonesia 21-9, 21-16.

Sementara itu, Thinaah berkata semalam, satu perbincangan secara mendalam telah diadakan bersama jurulatih mengenai persiapan menghadapi perlawanan hari ini.

“Kami gembira kerana rancangan kami berjalan lancar...dan ya, keyakinan sentiasa ada bahawa kami boleh melangkah jauh untuk memenangi kejohanan ini,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan hari ini.

Untuk aksi separuh akhir esok, Pearly berkata mereka lebih memberikan tumpuan untuk memperbaiki corak permainan berbanding membuat persiapan khusus menghadapi lawan mereka.

“Kami mahu mengekalkan momentum positif ini dan berbincang dengan jurulatih untuk bersiap sedia bagi perlawanan seterusnya,” katanya.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619