AGENDA

Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan

30 Mei 2023, 1:34 PM
Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan

BANGKOK, 30 MEI: Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023, yang berlangsung Stadium Tertutup Huamak di sini hari ini.

Jun Hao menewaskan pemain India Meiara Luwang Maisnam 16-21, 21-5, 21-16, pada perlawanan pertama pusingan kelayakan, sebelum menewaskan rakan senegara Sholeh Aidil 21-15, 21-19.

“Saya memperoleh lebih keyakinan dan ketenangan pada perlawanan kedua, selepas saya dapat membiasakan diri dengan gelanggang. Saya akan berehat selepas ini dan bersedia untuk perlawanan esok,” katanya kepada Bernama dan akan berhadapan pemain Thailand Sitthikom Thammasin pada pusingan pertama esok.

Dua lagi pemain perseorangan negara Lee Shun Yang dan Yeoh Seng Zoe, pula gagal untuk layak selepas tewas perlawanan masing-masing hari ini.

Dua pasangan beregu lelaki iaitu Goh V Shem-Lim Khim Wah dan Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci juga gagal layak, selepas masing-masing tewas pada perlawanan pusingan kelayakan.

V Shem-Khim Wah tewas 23-25, 21-16, 16-21, kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, manakala Xin Yuan-Tien Ci tewas 21-18, 15-21, 12-21, kepada pasangan Thailand Natthapat Trinkajee-Thanawin Madee.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing juga menerima nasib yang sama, selepas tewas 14-21, 16-21 kepada Adnan Mualana- Nita Violina Marwah dari Indonesia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619