ad
BERITA UTAMA

Perkasa potensi belia, dari latihan kemahiran hingga peluang kerja

15 Mei 2025, 2:00 PM
Perkasa potensi belia, dari latihan kemahiran hingga peluang kerja
Perkasa potensi belia, dari latihan kemahiran hingga peluang kerja

Pembangunan belia menghasilkan negara stabil, maju dan berdaya saing. Melalui pendekatan yang inklusif dan berorientasikan masa depan, Kerajaan Negeri menunjukkan komitmennya membentuk ekosistem kondusif untuk pertumbuhan serta kejayaan anak muda.

Usaha ini dapat dilihat apabila pentadbiran Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari muncul paling aktif membangunkan potensi belia, menerusi pendekatan pelbagai agensi dan kerjasama strategik.

Melalui Iltizam Selangor Penyayang, pelbagai program disediakan Kerajaan Negeri bagi memperkasa golongan terbabit. Daripada sokongan pendidikan dan latihan kemahiran, hinggalah kepada bantuan keusahawanan dan peluang pekerjaan, bertujuan memastikan mereka terus maju, berdikari dan bersedia menyahut cabaran global.

Sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor bertema 'Yakin Boleh' pada 17 hingga 18 Mei, wartawan NAZLI IBRAHIM menyusun inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri.

Peduli Siswa

Biaya pendidikan anak-anak Selangor yang lanjut pengajian di peringkat sijil/diploma/ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)

  • Syarat kelayakan

    - warganegara Malaysia

    - pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun

    - telah mendaftar diri atau sedang ikuti pengajian sepenuh masa di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS di Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf kerajaan

    - tidak terima tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa termasuk bagi ijazah perubatan, pergigian dan veterinar)

    - pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) tidak melebihi RM20,000 sebulan

Iltizam Mahasiswa Selangor

Dikenali sebagai Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT). Bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah dengan insentif RM1,000 kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke IPTA/IPTS peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Dana RM3 juta bantu pelajar teruskan pengajian ke IPTA dan IPTS pada tahun ini

  • Syarat kelayakan

    - mahasiswa lahir atau mastautin di Selangor

    - sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan institusi IPT bawah kerajaan negeri

    - pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah layak terima RM1,000 seorang

Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU)

Taja yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti ringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah (B40) dan menengah (M40). Sejak diperkenalkan, hampir 500 hingga 600 mahasiswa terima manfaat setiap tahun

  • Syarat kelayakan

    - pemohon, ibu dan bapa lahir di Selangor dan bermastautin lebih 10 tahun

    - mendaftar bagi pengajian sepenuh masa program diploma dan ijazah sarjana muda di Universiti Selangor dan Universiti Islam Selangor dengan pengesahan bahagian hal ehwal pelajar

    - pelajar dalam semester biasa, bukan lanjutan tempoh pengajian

    [caption id="attachment_586279" align="aligncenter" width="699"] Peserta inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) menyusun motosikal mereka sempena Festival Belia Selangor 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI[/caption]

Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)

Di bawah Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor, program subsidi ini ringankan beban dan galakkan belia terlibat sepenuh masa dalam perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan (p-hailing). Terima lebih 22,000 permohohan setakat November 2023 dengan peruntukan RM6 juta buat 9,000 penunggang yang layak

  • Syarat kelayakan

    - terbuka kepada anak jati Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun

    - berumur 17 hingga 40 tahun

    - mempunyai lesen memandu motosikal B2 yang sah

    - kerja sepenuh masa sebagai penunggang p-hailing yang sah

Inisiatif Kemahiran Teknikal & Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)

Tumpu pemerkasaan dan kebolehpasaran sumber tenaga kerja seiring keperluan industri bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tahfiz.

  • Syarat kelayakan

    - warganegara Malaysia

    - pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor dan bermastautin lebih 12 tahun, perlu pengesahan Ahli Dewan Negeri, penghulu, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung (JKKK)/ketua kampung, pengerusi taman perumahan diiktiraf kerajaan

    - berumur 16 hingga 21 tahun

    - keutamaan kepada keluarga B40 dan M40, lepasan SPM atau tahfiz

    - wajib berkhidmat dengan entiti perniagaan/institusi/industri berdaftar dan beralamat di Selangor

Jelajah JobCare Selangor

Jelajah sembilan daerah bermula di Gombak pada 19 April tawar peluang kerjaya pelbagai sektor. Bantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang. Aktiviti dijalankan temu duga terbuka, kaunseling kerjaya dan pameran jabatan/agensi, Jualan Ehsan Rahmah serta saringan kesihatan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.