AGENDA

Kerani wanita rugi RM465,200 terpedaya pelaburan tidak wujud

15 Mei 2025, 11:15 AM
Kerani wanita rugi RM465,200 terpedaya pelaburan tidak wujud

BUKIT MERTAJAM, 15 MEI: Seorang kerani sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM465,200 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan dalam talian yang tidak wujud, Mac lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata wanita berusia 47 tahun itu mendakwa mengetahui mengenai pelaburan itu menerusi iklan di Facebook, sebelum berurusan dengan seorang wanita melalui WhatsApp.

Beliau berkata kerani wanita itu pada mulanya diminta memuat turun satu aplikasi untuk mendaftar sebagai ahli dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 60 peratus dalam tempoh singkat.

“Wanita itu telah melakukan 14 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun bank seperti diarahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata wanita itu mula berasa sangsi apabila gagal mengeluarkan keuntungan seperti dinyatakan dalam aplikasi itu, sebaliknya diminta menambah wang pelaburan untuk berbuat demikian.

Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah semalam.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619