AGENDA

Kerani wanita rugi RM1.08 juta akibat diperdaya individu menyamar pegawai polis

31 Dis 2023, 5:36 AM
Kerani wanita rugi RM1.08 juta akibat diperdaya individu menyamar pegawai polis

JOHOR BAHRU, 31 DIS: Kerani wanita terpaksa berputih mata apabila wang miliknya berjumlah lebih RM1.08 juta lesap akibat diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan warga tempatan berusia 45 tahun itu kelmarin, mendakwa menjadi mangsa penipuan menerusi panggilan telefon individu menyamar pegawai polis.

Beliau berkata, pengadu yang juga kerani syarikat swasta itu mendakwa menerima panggilan telefon itu pada awal November lalu yang mana pengadu diberitahu akaun banknya terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram, lapor Berita Harian.

"Individu itu menawarkan diri untuk membantu pengadu dan pengadu diarahkan menyerahkan butiran akaun bank yang dimiliki termasuk akses kepada perbankan dalam talian.

"Butiran itu diberikan kepada suspek kononnya sementara siasatan polis dijalankan. Pengadu mengikut arahan suspek untuk memindahkan semua wang miliknya ke akaun bank yang diserahkan suspek.

"Pengadu hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas mendapati wang RM1,086,350 miliknya dikeluarkan daripada akaun sebelum suspek gagal dihubungi," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619