AGENDA

Lori bawa muatan tar terbalik di selekoh berbukit, pemandu maut

13 Mei 2025, 1:00 AM
Lori bawa muatan tar terbalik di selekoh berbukit, pemandu maut

BALIK PULAU, 13 MEI: Sebuah lori membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik berhampiran dengan selekoh di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih berhampiran JTS Viewing Point di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu pemandu lori berkenaan, seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas tersepit pada ruangan kabin di belakang tempat duduk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 10.22 malam dan menggerakkan sebuah jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan tar telah terbabas di selekoh bahu jalan kawasan berbukit dan terbalik, mengakibatkan mangsa tercampak dan tersepit di bahagian ruangan kabin lori di belakang tempat pemandu.

“Operasi mengambil masa lebih dua jam bagi pihak bomba melakukan kerja penstabilan kenderaan, sebelum mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan pada 12.48 tengah malam menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 1.35 pagi.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619