AGENDA

Mayat kanak-kanak 12 tahun lemas mandi sungai ditemui

12 Mei 2025, 10:25 AM
Mayat kanak-kanak 12 tahun lemas mandi sungai ditemui

ALOR SETAR, 12 MEI: Mayat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya di sebatang sungai di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil dekat Baling semalam telah ditemukan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata jasad Muhammad Aqil Fitri Hishamudin dijumpai terapung oleh penduduk kampung.

“Jarak pencarian mangsa telah dilakukan sejauh satu hingga tiga kilometer di kawasan sungai berkenaan.

"Pada 1.31 tengah hari, bomba dimaklumkan mayat mangsa telah ditemukan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya pada 1.58 tengah hari.

-- BERNAMA

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619