ADN

MBDK digesa percepat bina tebatan banjir, wujud pasukan khas pantau projek

7 Mei 2025, 12:47 PM
MBDK digesa percepat bina tebatan banjir, wujud pasukan khas pantau projek
MBDK digesa percepat bina tebatan banjir, wujud pasukan khas pantau projek
MBDK digesa percepat bina tebatan banjir, wujud pasukan khas pantau projek

SHAH ALAM, 7 MEI: Majlis Bandaraya diraja Klang digesa mempercepat pembinaan rancangan tebatan banjir (RTB) bagi mengelak kejadian banjir terus berulang di beberapa kawasan pentadbirannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Pandamaran Tony Leong Tuck Chee berkata sebanyak 11 RTB sedang menunggu proses perolehan, namun beberapa langkah proaktif perlu diambil bagi memastikan kelancaran projek.

"Sebanyak 11 projek RTB sedang menunggu proses perolehan, sekiranya tenaga kerja untuk mengukur bahan tidak cukup mungkin boleh ditambah supaya kerja pun boleh berjalan lancar.

"Isu parit tidak bertuan pula adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ini merupakan isu besar tidak boleh masuk campur sesuka hati bimbang dikena tindakan undang-undang," katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_700046" align="aligncenter" width="699"] Wakil rakyat Kota Kemuning S Preakas (tiga, kanan) ketika mendengar taklimat projek mitigasi banjir dalam pertemuan dengan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Saifuddin Shafi Muhammad (dua, kanan) pada 21 April 2025. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad[/caption]

Sementara itu, ADN Kota Kemuning S Preakas berkata pihaknya mewujudkan pasukan khas bagi memantau projek RTB di kawasan berkenaan.

Pasukan khas dianggotai wakil persatuan penduduk, kawasan rukun tetangga setiap zon, ahli majlis, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor serta pihak berkuasa tempatan.

"Kita memantau kerja tebatan banjir termasuk longkang tidak bertuan dan akan membawa perkembangan dari semasa ke semasa kepada penduduk.

"JPS juga sekarang sedang mengambil tindakan untuk membesarkan kolam takungan di Sri Muda sebagai persiapan menghadapi fasa peralihan monsun," katanya.

Baru-baru ini, EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim memaklumkan pihaknya kini sedang mempergiat untuk mengambil alih semua kolam tadahan tidak bertuan di negeri ini secara berperingkat.

Lebih 300 kolam tadahan di Selangor dikenal pasti tidak bertuan sekali gus menyukarkan kerja baik pulih dan penyelenggaraan dilaksana.

[caption id="attachment_700027" align="aligncenter" width="700"] ADN Pandamaran Tony Leong Tuck Chee (dua, kanan) meninjau tapak pelupusan sampah haram di Klang pada 1 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619