AGENDA

Menteri seru masjid, surau ganding bahu tangani isu kesihatan mental

4 Mei 2025, 12:41 PM
Menteri seru masjid, surau ganding bahu tangani isu kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan diseru berganding bahu bersama-sama kerajaan menangani isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata masalah kesihatan mental perlu ditangani secara holistik merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan rohani seiring pembinaan masyarakat MADANI.

“Kita sedia maklum bahawa di negara ini khususnya dalam kalangan wanita juga mempunyai gejala masalah mental dan ini memberi kesan kepada pembinaan masyarakat MADANI.

“Ini kerana pembinaan masyarakat MADANI bermula dari rumah dengan mereka (wanita) berperanan dalam keluarga, seterusnya masyarakat dan akhirnya negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program "Thy Me Time @ Masjid” di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras di sini hari ini.

Program "Thy Me Time @ Masjid” diadakan bertujuan mentransformasikan masjid sebagai pusat sokongan kesejahteraan komuniti.

Program itu menawarkan aktiviti sembang santai bersama pakar psikiatri, tausiyah emosi, kumpulan pemulihan emosi atau healing circle, latihan pernafasan dan refleksi berkumpulan serta rangkaian sokongan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619