ad
AGENDA

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,541 orang takat 8 pagi ini

4 Mei 2025, 1:25 AM
Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,541 orang takat 8 pagi ini

KOTA KINABALU, 4 MEI: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat apabila 1,541 orang daripada 472 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat 8 pagi ini berbanding 1,243 daripada 375 keluarga petang semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah daerah Sook kekal mencatat angka tertinggi apabila 1,340 orang daripada 405 keluarga kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS terlibat ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 668 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (265), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), Dewan Kampung Ansip Tengah (117) dan 84 mangsa di Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

Sementara itu, di Beaufort, 175 mangsa daripada 57 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon, dan di daerah Sipitang seramai 26 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah.

"28 kampung terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan masing-masing sembilan kampung di Sook dan Sipitang," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.