AGENDA

WHO beri amaran krisis kemanusiaan di Gaza, kebuluran ancam 2 juta nyawa

2 Mei 2025, 11:49 AM
WHO beri amaran krisis kemanusiaan di Gaza, kebuluran ancam 2 juta nyawa

GENEVA, 2 MEI: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyatakan bahawa keadaan di Gaza adalah malapetaka, dengan dua juta penduduk sedang berdepan kebuluran, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Bercakap pada sidang akhbar di Geneva pada Jumaat, Ghebreyesus menyatakan bahawa WHO sedang menghadapi cabaran pembiayaan yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila negara penderma mengurangkan sumbangan mereka, menyifatkannya sebagai gangguan paling teruk dalam sejarah pembiayaan WHO.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr Michael Ryan, memberi amaran bahawa minda dan badan kanak-kanak di Gaza lemah kerana mereka kelaparan.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai tidak tertanggung dan mengecam kegagalan komuniti antarabangsa untuk bertindak dengan menyatakan keterlibatan sedemikian hanya memburukkan lagi krisis.

Menurut beliau, tahap kekurangan zat makanan sekarang menyebabkan sistem imun lumpuh. Beliau juga merujuk peningkatan kes radang paru-paru dan meningitis dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

- BERNAMA-QNA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619