BERITA UTAMA

Program Selangor Saring di enam lokasi, daftar di aplikasi SELangkah

30 Apr 2025, 1:00 PM
Program Selangor Saring di enam lokasi, daftar di aplikasi SELangkah
Program Selangor Saring di enam lokasi, daftar di aplikasi SELangkah
Program Selangor Saring di enam lokasi, daftar di aplikasi SELangkah

SHAH ALAM, 30 APRIL: Pogram saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan di enam lokasi sepanjang Mei ini.

Inisiatif Selangor Saring yang menyediakan ujian kesihatan antaranya jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi diadakan dari 9 pagi hingga 3 petang di lokasi berikut:

  • 3 Mei di Dewan Seri Nakhoda (DUN Sungai Air Tawar)
  • 4 Mei di Dewan Serbaguna MBPJ PJS6/1, Kampung Lindungan (DUN Seri Setia)
  • 11 Mei di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat, DUN Sungai Ramal
  • 17 Mei di Dewan Sivik MBPJ (DUN Bukit Gasing)
  • 25 Mei di Dewan Serbaguna Kerayong (DUN Sementa)
  • 31 Mei di Dewan Kampung Sungai Buaya (DUN Batang Kali)

Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Pada 17 Disember tahun lepas, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hampir 7,000 rakyat negeri ini menjalani saringan percuma sepanjang 2024 dengan 38 peratus daripadanya melibatkan individu berumur 46 hingga 64 tahun.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

[caption id="attachment_699054" align="aligncenter" width="695"] Orang ramai hadir program saringan kesihatan percuma, Selangor Saring peringkat DUN Subang Jaya di Dewan MBSJ, Subang Jaya pada 8 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619