EXCO

Bekas kakitangan JPNS dapat kediaman baharu, tempoh dua minggu pindah

30 Apr 2025, 5:56 AM
Bekas kakitangan JPNS dapat kediaman baharu, tempoh dua minggu pindah
Bekas kakitangan JPNS dapat kediaman baharu, tempoh dua minggu pindah
Bekas kakitangan JPNS dapat kediaman baharu, tempoh dua minggu pindah

PETALING JAYA, 30 APRIL: Seorang bekas penjawat awam yang mendiami kuarters Jabatan Hutan Negeri Selangor (JPNS), Sungai Buloh akan dipindahkan ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata Mohd Nazrulnizam Baharuddin dan keluarganya akan diberi kediaman di bawah Skim Smart Sewa dan perlu mengosongkan kuarters berkenaan dalam tempoh dua minggu sehingga 14 Mei ini.

“Hari ini kita ke kuarters ini untuk menyelesaikan kemelut hampir bertahun. Kita faham dia (Mohd Nazrulnizam) masih tinggal di sini selepas dipecat dan ini sebenarnya menjadi satu kesalahan.

“Kita tidak mahu nanti ia jadi seperti ‘residence cases’ (kes berkaitan kediaman), nanti orang lain dipecat atau sudah pencen masih tinggal di kuarters kerajaan, ini tidak boleh.

[caption id="attachment_699069" align="aligncenter" width="644"] EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas Operasi Penguatkuasaan Hutan Secara Bersepadu "OPS WHITE HOUSE' di Hutan Simpan Sungei Buloh, Shah Alam pada 30 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Justeru, kita ambil pendekatan untuk dia menandatangani surat aku janji untuk mengosongkan kediaman ini dalam tempoh dua minggu dan berpindah ke PPR Kota Damansara yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan Operasi Penguatkuasaan Hutan Secara Bersepadu “Ops White House” di kuarters berkenaan dekat Hutan Simpan Sungai Buloh di sini hari ini.

Dalam pada itu, Borhan berkata beliau secara peribadi akan membantu menanggung kos bayaran deposit termasuk bil utiliti bagi kemasukan kali pertama Mohd Nazrulnizam ke rumah berkenaan.

Jelasnya, JPNS dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga akan membantu menyediakan perkhidmatan lori untuk memindahkan semua barangan milik bekas penjawat berkenaan ke rumah sewa baharunya itu.

[caption id="attachment_699070" align="aligncenter" width="675"] Kuartes Jabatan Hutan Negeri Selangor yang diduduki secara tidak sah oleh Mohd Nazrulnizam Baharuddin di Hutan Simpan Sungei Buloh, Shah Alam pada 30 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya harap Mohd Nazrulnizam dapat beri kerjasama untuk berpindah ke kediaman baharu yang lebih selesa berbanding sekarang yang agak daif, tambahan pula rumah baharu ini berdekatan dengan sekolah anaknya,” katanya.

Sementara itu, Borhan turut menegaskan PPIM selaku badan bukan kerajaan untuk menyemak terlebih dahulu perkara tersebut dan tidak terus tularkan isu berkenaan.

“Saya setuju PPIM mahu membawa isu rakyat mungkin kami sama ada jabatan, kerajaan atau pemimpin terlepas pandang tetapi setiap isu itu perlu semak kesahihannya terlebih dahulu, jangan terus tular sahaja,” tegasnya.

Sebelum ini, media melaporkan, tular di media sosial TikTok, video berdurasi lebih enam minit memaparkan individu berkenaan yang masih tinggal di kuarters JPNS walaupun telah menamatkan perkhidmatan awam sejak 2015.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619