BERITA UTAMA

MPSepang rekod pelaburan RM2.45 bilion, PBT ketiga tertinggi

29 Apr 2025, 2:00 AM
MPSepang rekod pelaburan RM2.45 bilion, PBT ketiga tertinggi
MPSepang rekod pelaburan RM2.45 bilion, PBT ketiga tertinggi

SHAH ALAM, 29 APRIL: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mencatatkan jumlah pelaburan ketiga tertinggi dengan nilai RM2.45 bilion tahun lalu.

Timbalan yang dipertuanya berkata nilai membabitkan 18 projek itu berdasarkan penilaian Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Muhamad Shah Osmin sebanyak RM2.31 bilion merupakan pelaburan langsung asing (FDI) manakala RM0.15 bilion pula pelaburan langsung domestik (DDI).

[caption id="attachment_678375" align="alignleft" width="350"] Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Muhamad Shah Osmin[/caption]

“Antara aktiviti utama projek adalah berkaitan dengan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi seperti pusat data, pembuatan bahan kimia, pejabat dan teknologi hijau.

“Merujuk kepada Mida, lokasi 18 projek berkenaan adalah lima di Cyberjaya melibatkan pelaburan RM544 juta, dua di Sungai Pelek (RM34 juta), satu di Selangor Sains Park 2 (RM10 juta) dan 10 projek di kawasan lain di Sepang berjumlah RM1.8 bilion,” katanya.

Bercakap ketika mempengerusikan mesyuarat MPSepang semalam, Muhamad Shah berkata Sepang turut terpilih bagi projek Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS).

Jelasnya, projek berkenaan dijangka mencapai nilai pembangunan kasar sebanyak RM1 trilion melibatkan sektor perindustrian, logistik, perumahan, pelancongan dan pendidikan.

“Terdapat empat projek utama yang menyertai IDRISS di Sepang dengan keluasan 12,482 ekar antaranya projek Sepang Gold Coast Global Village, Integrated Agricultural Technology, KLIA Aeropolis dan Selangor Aero Park,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619