AGENDA

Warga emas mati dibunuh, polis tahan lima lelaki

28 Apr 2025, 3:54 PM
Warga emas mati dibunuh, polis tahan lima lelaki

BUKIT MERTAJAM, 28 APRIL: Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang warga emas di sebuah pondok di Cheruk Tokun, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang semalam mengenai insiden pergaduhan di pondok itu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 63 tahun.

Beliau berkata semasa kejadian, mangsa dan lima rakannya termasuk suspek utama iaitu lelaki warga emas berusia 70 tahun sedang duduk berbual di pondok berkenaan.

“Namun secara tiba-tiba, suspek dipercayai bangun sebelum datang semula dan terus memukul mangsa dari arah belakang dengan sebatang kayu sehingga lelaki berkenaan rebah.

“Dia (suspek) kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau sebelum terus menikam warga emas berkenaan (mangsa),” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata suspek kemudiannya terus beredar dari lokasi kejadian dan menghilangkan diri manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Helmi berkata siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai kerana perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang berlaku sejak tiga hari lepas dan ia berlarutan hingga hari kejadian.

“Siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dan memaklumkan kesemua lelaki itu kini ditahan reman.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619