AGENDA

Bayi umur tujuh bulan maut, pengasuh ditahan

7 Mei 2024, 11:00 AM
Bayi umur tujuh bulan maut, pengasuh ditahan

BUKIT MERTAJAM, 7 MEI: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan selepas seorang bayi perempuan berumur tujuh bulan meninggal dunia semasa bayi itu berada dalam jagaannya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa bayi berkenan dijaga oleh pengasuhnya yang berumur 30an, ketika ibu bapa bayi itu bekerja.

Beliau berkata difahamkan ketika pengasuh itu hendak membetulkan kedudukan bayi, dia mendapati bayi itu tidak sedarkan diri, lalu dia terus membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

Dalam kenyataan di sini hari ini Helmi berkata pada kira-kira pukul 4.25 petang polis menerima laporan daripada Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang memberitahu bahawa seorang bayi perempuan telah meninggal dunia di hospital berkenaan.

Menurutnya bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik HSJ mendapati punca kematian bayi itu disebabkan jangkitan kuman pada salur penafasan, dan polis kemudiannya menahan pengasuh bayi itu bagi membantu siasatan.

"Wanita itu direman sehingga 10 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 ( 1 ) ( a ) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619