BERITA UTAMA

Pusat jagaan antara 22 perniagaan sertai program pembangunan negeri

28 Apr 2025, 6:00 AM
Pusat jagaan antara 22 perniagaan sertai program pembangunan negeri
Pusat jagaan antara 22 perniagaan sertai program pembangunan negeri

SHAH ALAM, 28 APRIL: Sebanyak 22 perniagaan sektor penjagaan menyertai Selangor Care Accelerator 2025 (XCare) siri pertama yang bermula hari ini.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata antara perniagaan terlibat adalah pusat jagaan termasuk warga emas, kesihatan mental, perbidanan dan urutan.

"Semua pusat jagaan yang terlibat dengan program ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Setiap peserta melalui tujuh modul berkaitan pembangunan perniagaan termasuk kelas dan pitching bermula hari ini sehingga Jun depan.

"Tajuk yang disampaikan memfokuskan kepada ekonomi penjagaan untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang penjagaan. Diharap dengan penganjuran program ini memartabatkan agenda penjaga," katanya.

[caption id="attachment_698732" align="alignnone" width="972"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Program Selangor Care Accelerator (XCARE) 2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 28 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Ditemui pada majlis perasmian, Anfaal yang juga EXCO pembangunan wanita memaklumkan Kerajaan Negeri bercadang menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan.

"Ini kali pertama dianjurkan dan lihat kepada keperluannya, mungkin teruskan pada tahun berikutnya dengan penambahbaikan berdasarkan pengalaman pertama," ujarnya.

Untuk rekod, penganjuran program XCare selaras dengan Teras 4 Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2024-2030 iaitu Pelaburan dan Kerjasama.

Program dijalankan dengan kerjasama Selcare, Wanita Berdaya Selangor (WBS), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619