AGENDA

Polis buru suspek kes gaduh di Bangsar

27 Apr 2025, 2:00 PM
Polis buru suspek kes gaduh di Bangsar

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan dan merosakkan harta benda sebuah restoran di Jalan Telawi, Bangsar, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kejadian yang berlaku sekitar 5.40 pagi itu melibatkan dua kumpulan lelaki warga tempatan yang dianggarkan seramai antara lapan hingga 10 orang.

"Siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai berpunca apabila seorang wanita daripada satu kumpulan tersebut diganggu oleh satu lagi kumpulan lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengurus restoran berkenaan melaporkan premis itu mengalami kerugian RM5,000 kerana peralatan seperti kaunter makan, meja makan dan perhiasan dinding mengalami kerosakan selain terdapat pelanggan yang lari tanpa membuat pembayaran kerana ketakutan.

Menurut Ku Mashariman polis setakat ini telah merakam keterangan tiga saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619