BERITA UTAMA

EXCO: Selangor percepat projek tebatan elak banjir berulang

24 Apr 2025, 12:00 PM
EXCO: Selangor percepat projek tebatan elak banjir berulang

SHAH ALAM, 24 APRIL: Projek-projek tebatan banjir di lokasi titik panas diarah dipercepat bagi mengelak kejadian banjir berulang, kata EXCO pengurusan bencana.

Mohd Najwan Halimi berkata arahan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.

“Antara agenda utama semalam berkaitan isu projek tebatan banjir dan untuk itu EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim akan turun padang untuk menyelaras bersama agensi dan jabatan terlibat agar semua projek dapat dipercepatkan.

“Kerajaan Negeri buat pengumuman dan pelaksanaan… oleh itu, agensi terlibat perlu percepat proses serta selaraskan kerja supaya sekiranya banjir berlaku, projek tebatan berjalan.

“Bagaimanapun, untuk projek tebatan banjir ini ia dibawah kendalian EXCO infrastruktur dan beliau akan memantau perkara tersebut ” katanya.

Beliau ditemui pada majlis Aidilfitri bersama usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mearia Hamzah.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK – Infragro) memaklumkan tiada pembatalan bagi projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (TBBT).

Pengerusinya Michelle Ng Mei Sze berkata lantikan bagi projek itu telah dibuat menerusi tender pra kelayakan terpilih.

Berikut adalah senarai projek TBBT:

1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Klang – RM140.7 juta

2) RTB Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar – RM219 juta

3) RTB Sungai Langat Fasa 2 – RM684.6 juta

4) Kolam Takungan Dwi Fungsi – RM662.5 juta

5) RTB Sungai Damansara – RM551.8 juta

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619