BERITA UTAMA

Selangor tawar latihan tingkat kemahiran pekerja, sepadan keperluan industri

23 Apr 2025, 2:30 AM
Selangor tawar latihan tingkat kemahiran pekerja, sepadan keperluan industri
Selangor tawar latihan tingkat kemahiran pekerja, sepadan keperluan industri

SHAH ALAM, 23 APRIL: Pentadbiran negeri menyediakan pelbagai inisiatif meningkatkan kemahiran pekerja seiring kepeluan industri sekaligus mengekalkan Selangor penyumbang tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

EXCO sumber manusia berkata program ditawarkan antaranya latihan teknikal industri 4.0 di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (SHRDC) manakala Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) menyediakan kursus jangka pendek latihan teknikal dan vokasional (TVET).

"SHRDC menawarkan latihan dalam pelbagai bidang seperti tenaga solar, reka bentuk litar elektronik yang selaras dengan industri berimpak tinggi. STDC pula menyediakan kursus jangka pendek enam bulan bagi melahirkan pekerja dengan kadar kebolehpasaran tinggi.

[caption id="attachment_697954" align="alignleft" width="400"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu ketika wawancara di pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 22 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Dalam masa sama, HRD Corp turut menyokong kumpulan pekerja dengan membangunkan platform e-Latih yang menawarkan lebih 1,000 modul latihan pelbagi bidang termasuk kemahiran digital, komunikasi dan keusahawanan. Portal ini boleh diakses semua rakyat," kata V Papparaidu kepada Media Selangor.

Beliau berkata golongan pekerja perlu merebut peluang untuk meningkatkan kemahiran diri bagi memastikan mereka sentiasa relevan dengan keperluan pasaran semasa.

"Kita juga menyediakan program menggilap bakar dan menambahkan kemahiran pekerja juga disediakan. Ia selaras dengan trend industri semasa yang mendapat permintaan tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan analisis data," katanya.

Pada Julai tahun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan sumbangan ekonomi Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 25.9 peratus pada 2023, bertambah lebih baik daripada 25.5 peratus tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ekonomi negeri ini juga meningkat sebanyak 5.4 peratus, melebihi pertumbuhan sederhana seluruh negara pada kadar 3.6 peratus tahun lalu.

Pentadbiran negeri ini juga mewujudkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diumum Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada Julai 2022.

Pelan pembangunan lima tahun itu melibatkan beberapa projek besar antaranya Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) dan Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS), ia juga merupakan pelan mendepani ekonomi global yang dijangka perlahan tahun hadapan.

Pada 14 April, Amirudin berkata Rancangan Selangor Kedua (RS-2) akan dibentang tahun depan, yang bakal menjadi hala tuju baharu pembangunan negeri dalam tempoh lima tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619