BERITA UTAMA

RS-2 sasar 60 peratus penyertaan wanita dalam pekerjaan

22 Apr 2025, 12:00 PM
RS-2 sasar 60 peratus penyertaan wanita dalam pekerjaan
RS-2 sasar 60 peratus penyertaan wanita dalam pekerjaan

SHAH ALAM, 22 APRIL: Rancangan Selangor Kedua (RS-2) bakal memperkenal kerangka kepelbagaian, kesaksamaan dan inklusif (DEI) sebagai usaha meningkatkan 60 peratus penyertaan wanita dalam pekerjaan termasuk jawatan tinggi.

EXCO sumber manusia berkata kerangka yang dijalin bersama pihak swasta turut dilengkapi pelbagai program yang menyokong wanita untuk kembali bekerja selain membanteras diskriminasi gender di tempat kerja.

"Menerusi RS-2, kita akan mempromosi kesaksamaan gender dalam pengambilan pekerja wanita dengan meningkatkan kadar penyertaan daripada 53 peratus kepada 60 peratus. Rancangan ini turut menggalakkan keusahawanan digital kepada kalangan suri rumah dan wanita luar bandar.

"Usaha ini bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan namun kualiti keselamatan dan kesejahteraan lenbih terjamin. Kita mahu belia dan wanita di Selangor bukan sekadar bekerja tetapi berkembang untuk memimpin serta menyumbang kepada pembangunan negeri," kata V Papparaidu kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_696653" align="alignnone" width="878"] Peserta menghadiri bengkel strategik bilangan 2 Rancangan Selangor Kedua (RS-2) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam pada 14 April 2025. Foto REMY ARIFIN/ MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengulas lanjut, Papparaidu berkata RS-2 turut memfokuskan golongan belia secara lebih bersasar dengan meliputi beberapa bidang utama antaranya pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).

"Pentadbiran juga menekankan aspek logistik, teknologi hijau, ekonomi digital yang dijalankan dengan beberapa institusi seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) dan Universiti Selangor.

"Kerjasama dengan pihak industri juga dijalinkan untuk melatih dan menyerap belia dalam sektor pekerjaan beserta jaminan kerjaya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619