BERITA UTAMA

Jumlah pelancong ke Selangor bertambah, cecah 1.8 juta takat Mac

21 Apr 2025, 5:00 AM
Jumlah pelancong ke Selangor bertambah, cecah 1.8 juta takat Mac
Jumlah pelancong ke Selangor bertambah, cecah 1.8 juta takat Mac
Jumlah pelancong ke Selangor bertambah, cecah 1.8 juta takat Mac

SHAH ALAM, 21 APRIL: Seramai 1.84 juta pengunjung direkod melawat Selangor sepanjang Januari hingga Mac tahun ini, kata EXCO pelancongan.

Dato’ Ng Suee Lim berkata jumlah itu meningkat 3.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu sekali gus yakin Tahun Melawat Selangor (TMS 2025) mampu mencapai sasaran lapan juta pelancong.

“Sempena TMS 2025, kita sasarkan 70 peratus pengunjung merupakan rakyat tempatan manakala 30 peratus dari kalangan pelancong luar negara.

“Kehadiran mereka ini dijangka mampu memperoleh kutipan resit melebihi RM11 bilion. Dalam masa sama turut memberi kesan ekonomi kepada peniaga kecil,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_697744" align="alignnone" width="770"] Pempamer Tourism Selangor ketika Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Suee Lim berkata kehadiran pelancong dijangka meningkat lebih ramai bermula suku ketiga hingga ke empat, dengan sasaran melebihi empat juta orang.

“Antara lokasi baharu yang menjadi tumpuan ialah Splash Mania (Kuala Langat) dan Skyline Luge di Rawang. Anjung Utara Selangor melibatkan Kuala Selangor dan Sabak Bernam turut menerima pelancong yang ramai.

“Pusat beli-belah antaranya 1 Utama dan The Curve di Petaling Jaya serta IOI City Mall dan Sunway Pyramid turut merekodkan peningkatan pelancong,” katanya.

[caption id="attachment_623995" align="alignnone" width="893"] Pengamal media menaiki bas pelancongan dua tingkat Hop On Hop Off (HOHO) pada program lawatan suai kenal media: HOHO di sekitar Sepang pada 16 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Tahun lalu, pelbagai kerja promosi dilakukan menerusi pengiklanan, digital dan media sosial, siri promosi dalam dan luar negara, penganjuran acara pelancongan, jerayawara dan pameran.

Pada Julai, sebanyak 55 Bas Smart Selangor di serata daerah dilengkapi iklan panel bagi mempromosi lokasi pelancongan menarik melibatkan peruntukan RM250,000.

Kerajaan Negeri turut menggunakan pesawat penerbangan AirAsia mempromosi TMS ke luar negara antaranya Indonesia, Singapura, China dan Jepun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619