ad
AGENDA

Negeri taja penuh 75 bakal haji, 6,000 terima insentif RM1,000

19 Apr 2025, 9:00 AM
Negeri taja penuh 75 bakal haji, 6,000 terima insentif RM1,000
Negeri taja penuh 75 bakal haji, 6,000 terima insentif RM1,000
Negeri taja penuh 75 bakal haji, 6,000 terima insentif RM1,000

GOMBAK, 19 APRIL: Selangor akan memberi tajaan penuh kepada 75 bakal haji tahun ini, meningkat lebih separuh berbanding 36 individu tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif menerusi Insentif Haji Selangor bakal memanfaatkan golongan memerlukan untuk memyempurnakan rukun Islam kelima itu.

Selain itu, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata seramai 6,000 bakal jemaah akan menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 tahun ini.

“Kita akan lancar program insentif haji. Tahun lepas seramai 36 orang kita taja penuh, tahun ini hasil kerjasama erat dengan Tabung Haji, Kerajaan Negeri akan hantar 75 orang yang ditaja penuh untuk tunaikan rukun Islam kelima.

“Dalam masa sama kita sasarkan ada 6,000 orang, akan terima Insentif Haji Muassasah,” katanya berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang di sini, hari ini.

[caption id="attachment_697543" align="alignnone" width="805"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan tetamu di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Gombak di Dewan AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang Selangor pada 19 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Lebih 3,500 pengunjung memeriahkan sambutan berkenaan di Dewan Serbaguna MPAJ AU2. Pelbagai juadah seperti murtabak, lemang, rendang, kambing golek, sate, aiskrim, buah-buahan dan air balang disediakan.

Amirudin turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung, memenuhi permintaan mereka yang mahu bergambar bersama selain memberi sumbangan duit raya kepada kira-kira 100 kanak-kanak.

[caption id="attachment_697544" align="alignnone" width="895"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Gombak di Dewan AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang Selangor pada 19 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin ketika membentangkan Belanjawan 2025 memaklumkan Insentif Haji Selangor diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM1.2 juta bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berhasrat menunaikan ibadah tersebut.

Ia adalah program tajaan penuh haji kepada rakyat B40 yang dibiayai Kerajaan Negeri.

Selain itu, Amirudin sebelum ini memaklumkan permohonan Insentif Haji Muassasah sebanyak RM1,000 akan dibuka bermula Selasa ini sehingga 25 Julai depan.

Menurutnya, insiatif yang bakal memanfaatkan 6,000 penerima dengan peruntukan keseluruhan RM6 juta itu, layak dimohon jemaah yang mengundi di Selangor menerusi pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.