AGENDA

MB: Jaga kebajikan umat Islam, 6,000 jemaah haji terima insentif RM1,000

21 Mei 2025, 1:00 AM
MB: Jaga kebajikan umat Islam, 6,000 jemaah haji terima insentif RM1,000

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta untuk meneruskan pemberian tunai RM1,000 yang memanfaatkan 6,000 jemaah haji pada tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Insentif Haji Muassasah yang diperkenal sejak 2022 bertujuan meringankan beban kewangan jemaah selain cerminan komitmen dan keprihatinan menjaga kebajikan umat Islam.

"Sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Insentif Haji Muassasah 2025 di seluruh Selangor yang memberi manfaat kepada 6,000 bakal jemaah haji, dengan RM3 juta disumbangkan oleh Yayasan MBI dan RM3 juta lagi daripada Kerajaan Negeri.

"Semoga bakal jemaah haji ini tergolong dalam kalangan Duyufurrahman, tetamu-tetamu Allah yang dikasihi," katanya di Facebook.

Semalam, Amirudin menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Haji Muassasah 2025 bagi Parlimen Gombak di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang.

Pada tahun lepas, nilai insentif dinaikkan kepada RM1,000 yang memanfaatkan 6,000 penerima. Berbanding 2022 dan 2023, hanya 3,000 jemaah haji menerima sumbangan RM500 setiap tahun daripada Kerajaan Negeri.

Selain itu, Selangor turut menaja penuh 75 jemaah haji dalam kalangan kurang berkemampuan pada tahun ini berbanding 36 individu pada 2024.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619