BERITA UTAMA

Gagasan Rumpun Selangor 2.0 dijangka lebih besar, babitkan RS-2

18 Apr 2025, 12:36 AM
Gagasan Rumpun Selangor 2.0 dijangka lebih besar, babitkan RS-2
Gagasan Rumpun Selangor 2.0 dijangka lebih besar, babitkan RS-2

GOMBAK, 18 APRIL: Gagasan Rumpun Selangor (GRS) edisi kedua dijangka tampil dengan program lebih besar membabitkan pelan lima tahun Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

EXCO kemajuan desa berkata Kerajaan Negeri merangka konsep GRS 2.0 yang diketuai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dan Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

“Edisi kedua GRS masih lagi dalam perancangan dan kita sedang bincang konsep yang akan diketengahkan.

“GRS 2.0 juga dijangka menonjolkan kebersamaan seluruh agensi Kerajaan Negeri dan istana selain mungkin akan diadakan dengan lebih besar,” kata Datuk Rizam Ismail semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penutup Program GRS 2024 di Gamuda Luge Garden, Rawang yang disempurnakan Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_697276" align="alignnone" width="911"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyantuni tetamu yang hadir ke penutup Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Gombak 2025 di Gamuda Luge Gardens, Rawang pada 17 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Rizam menambah program GRS diilhamkan daripada kedudukan Selangor yang disifatkan sebagai 'mini Malaysia' berikutan mempunyai masyarakat pelbagai latar belakang.

Menurutnya, program jelajah berkenaan berjaya mendekatkan lagi rakyat dengan pentadbiran negeri selain memahami lebih dekat keistimewaan dan tarikan tempatan di daerah masing-masing.

“Sepanjang program ini, saya berpeluang menyaksikan sendiri keprihatinan, komitmen dan keikhlasan Raja Muda Selangor untuk menyantuni segenap lapisan masyarakat

“GRS ini membuka peluang untuk kita memahami lebih dekat keistimewaan kebudayaan, warisan dan tempat-tempat menarik di setiap daerah di Selangor,” katanya.

GRS diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

GRS telah menjelajah ke semua daerah bermula Februari tahun lalu, dimulakan dengan Hulu Selangor dan berakhir di Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619