EXCO

5,000 pengunjung berbilang kaum meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Banting

14 Apr 2025, 9:15 AM
5,000 pengunjung berbilang kaum meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Banting
5,000 pengunjung berbilang kaum meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Banting

SHAH ALAM, 14 APRIL: Kira-kira 5,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting, Sabtu lalu.

Berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Manggis, wakil rakyatnya V Papparaidu berkata rumah terbuka itu menjadi landasan untuk saling mengenali, memahami dan mengukuhkan ikatan antara kaum dan agama.

“Saya berbangga kerana DUN Banting sentiasa mengekalkan semangat muhibah dan perpaduan. Inilah kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia - kita berbeza, tetapi kita tetap bersama.

“Marilah kita terus memelihara keharmonian yang kita kecapi hari ini. Semoga Syawal kali ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan harapan baharu buat kita semua,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Papparaidu yang juga EXCO Kerajaan Negeri tekad akan terus berusaha memastikan kebajikan rakyat khususnya di Banting sentiasa dijaga dan terbela tanpa mengira kaum mahupun agama.

“Sebagai wakil rakyat, saya akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pembangunan seimbang, kebajikan yang adil dan peluang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat di Banting,” katanya.

[caption id="attachment_696663" align="aligncenter" width="1295"] 5,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Manggis pada 12 April 2025. Foto Facebook V Papparaidu[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619