BERITA UTAMA

EXCO: Keperluan asas mangsa bah seperti susu, lampin ditambah di PPS

12 Apr 2025, 4:31 AM
EXCO: Keperluan asas mangsa bah seperti susu, lampin ditambah di PPS
EXCO: Keperluan asas mangsa bah seperti susu, lampin ditambah di PPS

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kerajaan Negeri akan menambah keperluan asas diperlukan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata pihaknya menerima permohonan untuk keperluan seperti susu formula, kain batik, lampin pakai buang, selipar dan tudung sarung.

“Ada mangsa keluar dari rumah sehelai sepinggang, tidak sempat bawa barangan seperti pakaian, lampin anak dan susu anak.

“Mereka ambil atau selamatkan barang penting seperti kenderaan, dokumen dan telefon pintar.

“Jadi, Wanita Berdaya Selangor akan sediakan keperluan itu untuk keselesaan mangsa banjir di PPS,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_683194" align="alignleft" width="500"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap pada Majlis Perasmian Program Swift EmpowerHER di Pelabuhan Klang, Selangor pada 21 Januari 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Anfaal menambah bantuan kaunseling dan psikososial turut disediakan kepada mangsa yang memerlukan.

“20 sukarelawan WBS DUN Batu Tiga akan membantu kelancaran di PPS Sekolah Kebangsaan Shah Alam,” ujarnya.

Seramai 1,104 mangsa banjir membabitkan 300 keluarga berlindung di enam PPS bagi daerah Shah Alam, Klang dan Subang Jaya sehingga jam 9.15 pagi ini, menurut portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hujan lebat awal pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam termasuk jalan utama di hadapan gudang HL, Seksyen 23, Sri Muda dilanda banjir kilat.

Selain Shah Alam, beberapa kawasan di Klang, Puchong dan Hulu Langat turut dilanda banjir kilat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619