BUDAYA

Lelaki dan Melati

12 Apr 2025, 12:30 AM
Lelaki dan Melati

 

Ketika hujan berguguran

lorong di luar jelas sudah kosong

apakah sudah dikurung musim

nafsu yang tiba-tiba bangkit

lelaki itu seperti kucing tercabut bulu

ketika itu banyak perkara yang berlaku

singgah sebelum berarak ke tempat lain

kiranya ayat itu dipaksa tiba tepat pada masanya

ia terpaksa segera bertolak

yang berangkat serentak

mungkin ada perkara lain

tapi belum pasti destinasi

dan jauh di luar ramalan atau rancangan awal

hidup yang penuh godaan amat membosankan

hidup yang dibelenggu kebosanan amat rumit

semua itu tidak diduga ketika bercinta beberapa tahun lepas

beberapa tahun lagi mungkin sudah tawar perasaan

hidup pulang kepada rentak biasa

bangun, keluar rumah dan pulang

seperti kapal yang berlayar kerap mengejar daratan

kemudian meninggalkan pelabuhan

antara bersandar dan berlepas begitu

terpaksa menyesuaikan diri dengan jadual rutin

membaca jalur ombak dan garis angin

terkurung di rumah sendiri begini

terpaksa berpuas hati dengan kelopak melati

yang tiba-tiba mekar pada suatu pagi.

 

Lee Keok Chih

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619