AGENDA

JPN selesai 312 urusan ganti dokumen mangsa kebakaran saluran gas

5 Apr 2025, 3:45 PM
JPN selesai 312 urusan ganti dokumen mangsa kebakaran saluran gas

KUALA LUMPUR, 5 APIL: Sebanyak 312 urusan penggantian dokumen mangsa insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya berjaya diselesaikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, setakat ini.

Pengarah JPN Selangor Muhammad Hafiz Abdul Rahim berkata ia meliputi urusan penggantian kad pengenalan, sijil lahir, sijil perkahwinan dan dokumen lain yang musnah akibat insiden tersebut.

“Bantuan (penggantian dokumen) ini penting, kerana ramai mangsa perlu dokumen yang sah untuk urusan bank, tuntutan insurans, zakat dan pendaftaran bantuan bencana,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, dekat sini hari ini.

Bagi dokumen yang memerlukan proses lanjut seperti MyKid dan sijil perkahwinan, beliau berkata ia akan diselesaikan kemudian sebelum diserahkan kepada mangsa yang terlibat.

“Permohonan cabutan sijil lahir kami proses dan serahkan secara terus, malah ada juga mangsa yang mohon cabutan sijil anak angkat dan sijil perkahwinan dan semua ini disediakan secara percuma,” katanya.

Muhammad Hafiz berkata JPN turut bekerjasama dengan agensi seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memastikan mangsa insiden berkenaan menerima bantuan yang sepatutnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619