AGENDA

Laporan siasatan kebakaran paip gas Putra Heights diumum petang ini

30 Jun 2025, 9:00 AM
Laporan siasatan kebakaran paip gas Putra Heights diumum petang ini

SHAH ALAM, 30 JUN: Sidang media berhubung laporan siasatan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights akan diadakan petang ini jam 4.30 petang di bangunan SUK Selangor.

Majlis itu dijangka mengumumkan hasil siasatan teknikal oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung kejadian yang berlaku pada pagi 2 Syawal lalu.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan laporan penuh JKKP akan digabungkan bersama hasil siasatan polis bagi mendapatkan gambaran lengkap insiden berkenaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan turut memaklumkan bahawa siasatan pihaknya, termasuk melibatkan unsur kecuaian atau sabotaj, telah pun selesai dan hanya menunggu laporan rasmi daripada JKKP untuk tindakan seterusnya.

Dalam kejadian itu, kebakaran pada saluran paip gas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Letupan berkenaan turut menyebabkan kawah besar terbentuk di lokasi kejadian dengan kedalaman 9.8 meter dan keluasan sekitar 21 x 24 meter.

Susulan insiden itu, sebanyak 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 lagi separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619