SELANGOR

'Hanya Kita' sentuh emosi, promosi inisiatif negeri secara halus​

26 Mac 2025, 6:51 AM
'Hanya Kita' sentuh emosi, promosi inisiatif negeri secara halus​
'Hanya Kita' sentuh emosi, promosi inisiatif negeri secara halus​
'Hanya Kita' sentuh emosi, promosi inisiatif negeri secara halus​
'Hanya Kita' sentuh emosi, promosi inisiatif negeri secara halus​

Oleh AIDA NYAN

SHAH ALAM, 26 Mac: Siapa sangka telefilem terbitan Kerajaan Negeri berjaya menyentuh emosi penonton selain diselit unsur humor yang berjaya memecah panggung.​

Media Selangor berpeluang menghadiri sesi pratonton telefilem 'Hanya Kita' di Muzium Sultan Alam Shah di sini, semalam bagi mendapatkan reaksi penonton yang hadir.

[caption id="attachment_693362" align="alignleft" width="345"]  Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Syaznaz Khairul Anwar[/caption]

Menurut penolong pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, telefilem itu amat menyentuh perasaan kerana membawa mesej kekeluargaan yang mendalam.

"Telefilem ni bukan sahaja menyentuh perasaan tapi ada juga unsur lawak. Apatah lagi bila ditonton," kata Syahnaz Khariul Anwar, 42.

Beliau turut menekankan bahawa drama itu perlu ditonton bagi mendapatkan penghayatan maksimum selain mengetahui lebih lanjut inisiatif hebat Kerajaan Selangor.

[caption id="attachment_693363" align="alignright" width="344"] Pegawai Penerangan Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor, Farhani Shamsudin[/caption]

Pegawai Penerangan Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) pula berkata penonton diberi peluang melihat sendiri tempat menarik yang menjadi lokasi penggambaran drama arahan Che Mie ini.

"Kadang-kadang kita sebagai penduduk negeri ini sendiri tidak sedar betapa banyak tempat menarik yang boleh diterokai. Kerajan Negeri pun berjaya masukkan program mereka dengan cara tidak formal," kata Farhani Shamsudin, 37.

Beliau turut memuji pemilihan pelakon yang berjaya menjiwai watak dengan begitu baik.

[caption id="attachment_693364" align="alignleft" width="345"] Pelajar UiTM, Tengku Amir Imran Tengku Abdul Rashid[/caption]

"Gabungan semua elemen ini menjadikan drama ini berbeza daripada kebiasaan. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga memberi kesedaran kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, pelajar UiTM Shah Alam, Tengku Amir Imran Tengku Abdul Rashid, 22, turut memberi ulasan positif mengenai telefilem berdurasi 155 minit itu.

"Jalan cerita yang disusun penuh dengan emosi. Apa yang menarik, cara pengarah menyelitkan inisiatif Kerajaan Selangor dilakukan secara halus dan ini menjadikan penceritaan lebih natural dan tidak terasa seperti promosi semata-mata," katanya.

'Hanya Kita' merupakan telefilem kali ketiga Kerajaan Negeri yang akan menemui penonton pada 21 April depan di TV2, TV1 dan platform Media Selangor.

Selain dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Ungku Ismail, Christina Suzanne dan Ropie, selain turut menampilkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan beberapa EXCO.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619