ad
BERITA UTAMA

Usahawan disaran terokai pendigitalan, elak hanya bergantung jualan di kedai fizikal

22 Mac 2025, 8:00 AM
Usahawan disaran terokai pendigitalan, elak hanya bergantung jualan di kedai fizikal

SHAH ALAM, 22 MAC : Usahawan di Selangor disaran meneroka teknologi baharu termasuk pendigitalan bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

EXCO Usahawan Mohd Najwan Halimi berkata mereka tidak boleh bergantung kepada jualan di kedai fizikal kerana corak pembelian kebanyakkan pelanggan sudah beralih secara dalam talian.

“Memang banyak rungutan dan aduan daripada peniaga di kaki lima dan bazar khususnya berkaitan jualan mereka tidak mencapai sasaran seperti yang diharapkan.

“Pelanggan kini mempunyai alternatif lain untuk membeli-belah contohnya secara dalam talian, jadi usahawan perlu menyesuaikan perniagaan mengikut trend terkini,” katanya ditemui dalam satu program di sini.

Mohd Najwan berkata Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai medium antaranya Hijrah Selangor,  Selangor 1000 Digital dan Platform Selangor (PLATS) termasuk membimbing kaedah transaksi jualan nirtunai.

“Baru-baru ini saya ke Bazar Puchong ada peniaga bimbingan PLATS maklum perniagaan mereka jauh lebih untung apabila beralih kepada kaedah nirtunai kerana sebelum ini jualan secara tunai.

“Saya yakin usahawan dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan perniagaan sekarang khususnya memahami dan adaptasi pendigitilan sekali gus mereka dapat menjana keuntungan dengan lebih baik,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.