AGENDA

Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh sejak serangan Israel Selasa lalu

20 Mac 2025, 3:48 PM
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh sejak serangan Israel Selasa lalu

BANDARAYA GAZA, 20 MAC: Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah itu hari ini.

"Mayat 710 orang dibawa ke hospital sejak Selasa, selain lebih 900 yang lain cedera," kata jurucakap kementerian, Khalil Al-Dakran kepada Anadolu Ajansi.

Beliau berkata 70 peratus daripada mereka yang cedera dalam serangan itu adalah kanak-kanak dan wanita.

"Ramai daripada mereka yang cedera meninggal dunia akibat kekurangan rawatan perubatan segera di tengah sekatan Israel ke atas Gaza, yang menyebabkan kekurangan peralatan penting dan ubat-ubatan yang teruk," tambahnya.

Tentera Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas Semenanjung Gaza pada Selasa, menghancurkan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

Hampir 50,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 112,000 yang lain cedera dalam kempen ketenteraan Israel yang kejam di Gaza sejak Oktober 2023.

- BERNAMA-ANADOLU

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619