BERITA UTAMA

EXCO: 60,726 usahawan terima manfaat Hijrah, suntikan modal lebih RM850 juta

20 Mac 2025, 2:37 PM
EXCO: 60,726 usahawan terima manfaat Hijrah, suntikan modal lebih RM850 juta
EXCO: 60,726 usahawan terima manfaat Hijrah, suntikan modal lebih RM850 juta
EXCO: 60,726 usahawan terima manfaat Hijrah, suntikan modal lebih RM850 juta
EXCO: 60,726 usahawan terima manfaat Hijrah, suntikan modal lebih RM850 juta

SEPANG, 20 MAC: Seramai 60,726 usahawan sudah menerima manfaat Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menerusi pembiayaan berjumlah RM858,068,500 sejak 2015 hingga Februari tahun ini.

EXCO Usahawan Mohd Najwan Halimi berkata dari jumlah itu 5,957 pembiayaan membabitkan RM65,147 disalurkan kepada usahawan di daerah Sepang dalam tempoh sama.

“Sejak ditubuhkan pada 2015, Hijrah memainkan peranan sangat penting dalam membangunkan ekosistem keusahawanan di negeri ini menerusi pembiayaan mikrokredit.

[caption id="attachment_692494" align="alignleft" width="437"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi bercakap kepada media pada Program Kick-Off Sambutan 10 Tahun Hijrah Selangor di Bazar Ramadan Taman Putra Perdana pada 20 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Alhamdulillah sehingga hari ini Hijrah masih lagi kekal sebagai agensi yang membantu mengembangkan perniagaan sekali gus meningkatkan taraf hidup usahawan,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan kempen “10 Tahun Kecemerlangan: Memperkasa Usahawan” anjuran Hijrah di Bazar Ramadan Taman Putra Perdana di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najwan berkata kempen bertujuan meraikan satu dekad pencapaian agensi tersebut sebagai peneraju pembiayaan mikro dan menghargai kejayaan usahawan di Selangor.

“Sambutan di daerah Sepang hari ini merupakan siri pertama dan akan diteruskan hingga 10 siri di daerah lain sepanjang tahun,” katanya.

Pada masa sama, Najwan turut mengedarkan 500 kupon digital Platform Selangor (PLATS) bernilai RM10 kepada pengunjung di bazar Ramadan berkenaan.

[caption id="attachment_692495" align="aligncenter" width="1067"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi menyampaikan cenderhati kepada usahawan Hijrah daerah Sepang pada Program Kick-Off Sambutan 10 Tahun Hijrah Selangor di Bazar Ramadan Taman Putra Perdana pada 20 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_692499" align="aligncenter" width="1264"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi memberi kurma kepada peniaga bazar pada Program Kick-Off Sambutan 10 Tahun Hijrah Selangor di Bazar Ramadan Taman Putra Perdana pada 20 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619