BERITA UTAMA

Majlis khatam al-Quran jadi agenda tahunan, subur syiar Islam, perkukuh ukhuwah

20 Mac 2025, 8:13 AM
Majlis khatam al-Quran jadi agenda tahunan, subur syiar Islam, perkukuh ukhuwah
Majlis khatam al-Quran jadi agenda tahunan, subur syiar Islam, perkukuh ukhuwah
Majlis khatam al-Quran jadi agenda tahunan, subur syiar Islam, perkukuh ukhuwah
Majlis khatam al-Quran jadi agenda tahunan, subur syiar Islam, perkukuh ukhuwah
Majlis khatam al-Quran jadi agenda tahunan, subur syiar Islam, perkukuh ukhuwah

SHAH ALAM, 20 MAC: Penganjuran majlis khatam al-Quran wanita Selangor yang memasuki tahun kelima seiring hasrat menjadikan negeri ini sebagai pusat keilmuwan dan pengajian Islam.

EXCO pembangunan wanita berkata program tersebut bukan sekadar satu simbolik tetapi bertujuan menyuburkan syiar Islam dengan mengajak seluruh umat menghayati kitab suci serta menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

“Kita percaya pembinaan modal insan yang holistik, tunjangnya ialah pada kepercayaan kepada Allah serta akidah yang mantap. Akhirnya ia akan membuahkan ibadah yang sahih dan akhlak yang mulia.

“Bukan itu sahaja, dalam era kini, golongan wanita harus memainkan peranan penting untuk memandu keluarga dan memimpin masyarakat agar berpegang teguh dengan ajaran al-Quran,” kata Anfaal Saari dalam sembah ucapan sempena majlis khatam al-Quran wanita Selangor yang disertai 700 peserta.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang turut berkenan melafaz ucapan perasmian.

Dalam pada itu, Anfaal berkata pentadbiran negeri akan menjadikan majlis khatam al-Quran sebagai acara tahunan sekali gus memperkukuh ukhuwah serta memperkasa peranan muslimah.

“Acara ini akan terus dijadikan majlis tahunan yang bukan sahaja meraikan kejayaan kita menyempurnakan bacaan 30 juzuk al-Quran tetapi memperkukuh ukhuwah serta memperkasa peranan wanita muslimah,” katanya.

Selangor turut merancakkan usaha memartabat kefahaman Islam dengan menganjurkan Festival Turath Islami. Mula dianjurkan pada 2023, festival tersebut adalah ilham Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari yang mahu menghidupkan pengajian Islam secara tradisional di negeri ini dan seterusnya berkembang ke seluruh negara.

Pada 2023, program itu menumpukan bidang tasauf yang disampaikan bekas Mufti Agung Mesir Prof Dr Ali Juma’ah Muhammad Abdul Wahab yang mengupas kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali.

Pada tahun lalu, tumpuan perbincangan terarah kepada bidang hadis yang menyaksikan Dr Ali Juma’ah diundang sekali lagi bagi mengupas kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Selain itu, Pameran Al-Wahyu juga diadakan pada tahun sama menampilkan ulama terkenal manuskrip tulisan tangan Sheikh Nuruddin Ar-Raniri selain pelbagai kitab koleksi individu.

 

[caption id="attachment_692402" align="aligncenter" width="700"] EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berucap dalam majlis perasmian Khatam Al-Quran Wanita Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 20 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_692401" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menerima cenderamata daripada EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari dalam majlis Khatam Al-Quran Wanita Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 20 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_692399" align="aligncenter" width="700"] Peserta Khatam Al-Quran Wanita Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 20 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_692421" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bergambar bersama peserta Khatam Al-Quran Wanita Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 20 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619