AGENDA

Penjawat awam dipercayai hina Nabi Muhammad SAW ditahan polis

20 Mac 2025, 8:03 AM
Penjawat awam dipercayai hina Nabi Muhammad SAW ditahan polis

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Polis menahan penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada lelaki berusia 35 tahun Selasa lalu.

Beliau berkata lelaki itu bersama dua lagi pengguna disyaki memuat naik komen yang menghina Nabi Muhammad SAW pada hantaran berita berkaitan Malaysia mengutuk keras kezaliman terhadap lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang maut dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lalu.

Razarudin berkata lelaki berumur 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai farmasi itu kini direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di media sosial.

Aaron berkata tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619