AGENDA

PDRM kenal pasti langkah tambah baik bagi anggota guna trak

14 Mei 2025, 2:15 PM
PDRM kenal pasti langkah tambah baik bagi anggota guna trak

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengenal pasti langkah penambahbaikan keselamatan bagi petugas yang bergerak menggunakan trak untuk menjalankan operasi susulan nahas jalan raya yang meragut sembilan nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata satu perbincangan akan diadakan dengan pimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam kerana jabatan itu turut menggunakan trak bagi mengangkut anggota Pasukan Gerakan Am.

"Antara sedang dikaji ialah penambahan sistem lebih baik bagi melindungi penumpang dalam trak namun trak ini mempunyai bangku panjang yang mungkin serasi atau tidak untuk sistem itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata langkah lain yang dipertimbang ialah penggunaan bas dan kereta peronda bagi mengawasi pergerakan konvoi kenderaan pasukan itu.

Insiden pada 8.50 pagi semalam menyaksikan sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619