BERITA UTAMA

Semarak pengajian kitab, festival turath kembali 11 hingga 19 Julai

20 Mac 2025, 2:00 AM
Semarak pengajian kitab, festival turath kembali 11 hingga 19 Julai
Semarak pengajian kitab, festival turath kembali 11 hingga 19 Julai

SHAH ALAM, 20 MAC: Kerajaan Negeri meneruskan penganjuran Festival Turath Islami Selangor pada 11 hingga 19 Julai depan bagi menyemarakkan lagi pengajian kitab Islam.

Dato’ Menteri Besar berkata program kali ketiga itu bakal menampilkan lebih ramai tokoh Islam termasuk tokoh muslim berpengaruh dunia Mufti Muhammad Taqi Usmani.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, festival turath tahun ini turut menganjurkan Pesta Buku Islami Selangor dan Pameran al-Wahyu yang memaparkan institusi pondok dan pesantren.

“Selain itu, kita juga akan membawa bekas Mufti Agung Mesir Dr Ali Jum’ah, ulama tafsir dari Magribi Syeikh Mustafa al-Bahyawi dan beberapa tokoh ulama tempatan serta Nusantara.

“Antara pengisian utama adalah sesi bacaan dan kupasan tafsir surah terpilih dari kitab Tafsir Jalalain dan munaqasyah ilmiah bersama ulama antarabangsa serta syarahan perdana,” katanya pada program sambutan Nuzul al-Quran dan Pelancaran Festival Turath Islami Selangor 2025 Isnin lalu.

Mula dianjurkan pada 2023, Festival Turath Islami Selangor merupakan ilham Amirudin yang berhasrat menghidupkan pengajian Islam secara tradisional di negeri ini dan seterusnya berkembang ke seluruh negara.

[caption id="attachment_688625" align="alignnone" width="878"] Orang awam menghadiri Program Malam Mahabbah Selangor sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam Selangor pada 22 Februari. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619